Wednesday, August 1, 2012

Hias Rumah cantik2 bulan Ramadhan ni..

Assalamualaikum..
 Jadi, macam mana keadaan rumah antum semua sejak masuknya Bulan Ramadhan ni? Dah hias ke belum? Awal lagi? Lambat lagi nak raya? Eh, nape pulak? Bukan itu maksud ana..

Maksud ana.... :



Rumah kita pada Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini:
Hiasilah dengan qiamullail, inilah saat untuk kita berdua-duaan dengan Sang Pencipta dalam kesayuan bulan Ramadhan.
Hiasilah dengan bangun sahur walaupun dengan hanya seteguk air , yang di dalamnya terkandung rahsia keberkatan Ilahi.
Hiasilah dengan solat berjemaah, biar sama-sama merasa kekuatan sebuah ikatan ukhuwwah fillah.
Hiasilah dengan tadarrus Al-Quran, agar basahan ayat-ayat cintaNya bertaut di hati yang kusam.
Hiasilah dengan iftar bersama sahabat-sahabat, pasti kemanisan berbuka puasa akan lebih terasa.
Hiasilah juga dengan solat-solat sunat, untuk kita sama-sama mengejar pahala yang berganda-ganda nilainya.

Moga Ramadhan kali ini dipenuhi dengan seribu satu makna yang mendalam.
Moga Ramadhan kali ini dipenuhi dengan seribu satu makna yang mendalam. Jom cari & dapatkan malam Lailatulqadar!!
*haa.... jgn hanya berhenti di bulan Ramadhan sahaja, bulan2 yang lain pun teruskanlah ibadah ye.. insyaAllah.. :) ^_^

No comments:

Post a Comment