Wednesday, September 25, 2013

Bulatan Gembira: Kisah Mus'ab Bin Umair


Kisah Mus'ab bin Umair, salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W, seorang da'ie mujahid; sahabat yang syahid semasa di Perang Uhud; yang mana beliau bermati-matian mempertahankan panji milik tentera Islam di Perang Uhud sehinggakan apabila dipenggal kedua-dua tangannya, beliau masih lagi menegakkan panji Islam menggunakan saki baki lengan yang masih ada di badannya demi mempertahankan panji Islam. 


Kisah ini diceritakan dan dikongsikan bersama oleh naqibah di dalam sesi bulatan gembira seusai solat maghrib tadi dan benar-benar menyentuh hatiku.. AKu terasa sudah jatuh cinta dengan Mus'ab bin Umair.. itu baru kisah Mus'ab Bin Umair, malah banyak lagi kisah para sahabat Rasulullah S.A.W. yang mengundang debaran di hati kecil ini.. Apatah lagi kisah tentang Rasulullah S.A.W. sendiri, nabi Allah yang amat kita sanjungi dan cintai..

Tiba-tiba, hati kecilku berbisik, mampukah aku mempertahankan islam sebagaimana para syuhada' yang kucintai itu mempertahankannya? Mampukah aku? Tepuk dada, tanya IMAN.. Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepadaku dan seluruh umat Islam untuk berjuang mempertahankan agama Allah ini.. Amin..

Wednesday, September 11, 2013

Petua Untuk Mudah Menghafal Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t.

Ana ingin berkongsi satu artikel tentang petua untuk kita mudah menghafal al-Quran. Sememangnya ana pun masih belum menghafal kesemua kalam suci ini, tetapi insyaAllah, jika kita bersungguh-sungguh dan niat semata-mata kerana Allah, ana yakin, cepat atau lambat kita mampu untuk hafaz kesemua 30 juzuk al-Quran walaupun mengambil masa berpuluh-puluh tahun. Yang penting, kita jangan berputus asa, insyaAllah. 

Seperti yang kita maklum, Al-Quran adalah kitab yang memberi petunjuk dan jalan kepada manusia, seperti firman Allah S.W.T. dalam surah al-Isra', ayat 9 yang bermaksud:
Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.
Maka, sebagai seorang Muslim, adalah perlu untuk kita jadikan Al-Quran sebagai panduan dalam menjalani apa jua yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Justeru, kita perlu mempelajari al-Quran dengan membaca, memahami serta menghafal isinya.

Jadi di sini,  ana kongsikan kepada para pembaca beberapa petua bagi menghafal ayat-ayat al-Quran. Untuk melihat sumber asal artikel ini, boleh klik di sini. Memang untuk menghafal 30 juzuk nampaknya terlalu sukar bagi sesetengah orang, namun dengan petua yang diberikan serta berkat kesabaran dan usaha yang bersungguh-sungguh tidak mustahil seseorang dapat menghafal kalam suci ini kan? :)

Selamat membaca dan beramal.. :)

Menghafal Ayat-Ayat Al-Quran
a) Mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia. Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya.


b) Mesti ada niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh. Mohonlah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.
c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran. Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.
d) Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal. Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.
e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita. Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu’ terakhir ( bermula dengan juzu’ 30,juzu’ 29 dan seterusnya).
f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.
g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, kita masih belum terlambat sebenarnya, Insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita bersungguh-sungguh.
h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan. Selain itu, mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .
i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik, apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.

Sebenarnya, kalau mahu jujur, tiada alasan bagi kita tidak belajar al-Quran. Dalih-dalih klasik seperti kesibukan, tidak mempunyai waktu dan sebagainya adalah alasan semata-mata. Padahal, bukankah Allah S.W.T. memberi kita waktu 24 jam setiap hari, ertinya semua orang diberi kesempatan yang sama. Hanya bagaimana cara memanfaatkan waktu tersebut sebaik-baiknya sahaja.

Untuk urusan dunia kita mahu berhabis-habisan, bermati-matian, sediakan waktu dan bermusyaqqah (kerja keras)2 mendapatkannya. Sedangkan untuk akhirat kita tidak mahu bermujahadah? Padahal akhirat itulah yang pasti dan kekal abadi, sedangkan dunia sementara dan akan kita tinggalkan.

Sekadar perkongsian dan renungan bersama. Semoga niat baik kita dipermudahkan Allah hendaknya. Wallua'allam.. :)

Monday, September 9, 2013

FUTUR?? Apa tu??

FUTUR adalah suatu penyakit baru yang melanda sebahagian daripada umat Islam. Dalam konteks bahasa, futur ertinya putus selepas bersambung atau tenang selepas bergerak. Juga boleh memberi erti malas atau lambat selepas rajin dan bersungguh-sungguh.


Dalam erti kata lain, futur adalah penyakit kecewa yang boleh membunuh sahsiah Muslim. Penyakit ini berupaya merencat saraf rangsangan aktivis dalaman yang akhirnya mengganggu kesungguhan dalam kerja yang diamanahkan. Ia berpunca daripada hati.



Penyakit futur ini menukar sama-sekali perlakuan pelakunya daripada seorang rajin dan semangat bekerja kepada sikap malas, putus asa, menunda atau berlambat-lambat melakukan pekerjaan.



BAGAIMANA MERAWAT FUTUR?


1. Jauhi maksiat yang kecil, apatah lagi yang besar.

2. Mewujudkan rutin amalan dan ibadah, waktu siang dan malam.
3. Jauhilah segala sikap berlebihan, samada dalam menikmati yang santai atau dalam beribadah.
4. Membina kemesraan dengan organisasi dan rakan-rakan aktivis.
5. Mendidik aktivis untuk memahami aturan alam dan meraikannya dalam amal dakwah.
6. Menyemai budaya hidup yang teratur, sistematik dan terancang.
7. Berikan tempoh rehat (break) bagai para aktivis, sebelum timbul rasa lemah.
8. Benarkan sedikit perkara santai bagi aktivis seperti bergurau, berehat, beriadah dll.
9. Berikan kisah-kisah para sahabat dan orang-orang soleh dan perjuangan mereka untuk diambil iktibar dan memperbaharui semangat.
10. Memberi peringatan yang menimbulkan ingatan terhadap mati dan akhirat.
11. Menggalakkan aktivis untuk melazimi majlis ilmu di luar program tarbiyah yang biasa kerana ia akan membantu proses pembinaan kefahaman yang betul dan menambah keberkatan.




Artikel ini ditulis oleh Muhammad Haniff Hassan. Ia dirujuk dari buku Afat `Ala Tariq oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh dan terjemahannya bertajuk Terapi Mental Aktivis Harakah, terbitan Pustaka Mantiq, Indonesia, 1995.

Life is super easy??

Assalamualaikum..

Is it true that life is super easy?? Can you believe it? Nope?? Yess??

Well, the truth is Life is super easy (?), BUT it is only if we (I) are the part of the equation and other people don't affect us. 


But life is not like that. Other people sometimes (most of the time) do affect us. But at the same time, it is not easy to change people. We try to change people and then we get very frustrated. It is getting more and more frustrating when that people affect us but we can't change them. How frustrating is that?


What to do? Be patient and change what we can in our hands or what in our control and try our best to advice others to become a better person/to change.





Just always remember that, Allah will see all of our efforts.. insya-Allah.. :) 
p/s: never forget to smile okay!! :)