Wednesday, March 12, 2014

Kesungguhan Menghafal

Kesungguhan Menghafal

Seandainya anda berasa memang betul-betul berat untuk meneruskan hafalan, itu tidak mengapa. Teruskan saja dan jangan berhenti. Kenapa? Itu hanya godaan atau pun sedikit kebosanan. Yang pasti anda telah memulai suatu aktiviti terbaik dan termulia dalam pandangan Allah.Setidaknya pastikanlah untuk lagi dan lagi meneruskan bacaan dan mengulang-ulang yang sudah pernah dihafal. Ini maksudnya untuk menghindari perasaan putus asa, di samping menjauhkan bisikan syaitan yang sangat tidak suka anda menjadi hafiz/hafizah. Lalu niatkanlah bahawa anda sungguh-sungguh ingin menjadi seorang hafiz, sehingga Allah S.W.T. sendiri yang akan menggolongkannya sebagai keluarga besar huffazh. Kerana niat kuat dan sungguh-sungguh itu seakan anda telah menjadi hafiz sebenar di mata Allah S.W.T.

-Ustaz Abdurrahman Lubis, 2011 dalam bukunya #TipsMenghafalAlQuranBagiProfesional
insyaAllah, Allah tidak lihat kepada hasil, tetapi pada usaha yg kita lakukan. Sama-sama istiqamah, insyaAllah.
 

Monday, January 13, 2014

Hafal Al-Quran? Saya Sibuk!!

Assalamualaikum w.b.t.

SAYA SIBUK!
Itulah kata yang terlontar dari kebanyakan orang jika diajak mengaji (belajar al-Quran). Bukan sahaja di kampung, di kota juga sama. Bahkan semakin hari orang semakin sibuk dengan aktiviti atau kegiatan mereka.

Bapa sibuk di pejabat; ibu sibuk di dapur; petani sibuk di ladang; peniaga sibuk di kedai, mahasiswa sibuk di kampus. Jalanan sesak, pasar padat dengan pelbagai ragam, tempat-tempat hiburan jadi kunjungan.

Pulang ke rumah sudah keletihan, lalu beristirehat, tidur dan besok pagi pergi lagi, begitulah pusingan setiap harinya. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Tidak terasa usia semakin senja. Pipi sudah kendur, gigi sudah gugur, mata sudah kabur. Lupa ibadah, lupa baca al-Quran, lupa berzikir. Begitulah keadaan kita dari hari ke hari. Padahal Allah S.W.T. menciptakan kita semata-mata untuk beribadah kepadaNya.

$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ) Èbrßç7÷èuÏ9 ÇÎÏÈ   !$tB ߃Íé& Nåk÷]ÏB `ÏiB 5-øÍh !$tBur ߃Íé& br& ÈbqßJÏèôÜムÇÎÐÈ   ¨bÎ) ©!$# uqèd ä-#¨§9$# rèŒ Ío§qà)ø9$# ßûüÏGyJø9$# ÇÎÑÈ   

Maksudnya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberiKu makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh."
(Surah adz-Dzariyat: 56-58)

Sebenarnya, kegiatan menghafal al-Quran bukanlah "momok" yang menakutkan. Namun kerana biasanya kita kita hanya melihat "beban 30 juzuk" jadi terasa berat dan terkejut seperti tidak mungkin mampu menghafalnya. Sebagaimana diketahui, banyak keluarga muslim yang tidak pandai membaca al-Quran. Bukan hanya anak muda, orang tua pun ramai yang tidak dapat membaca al-Quran. Mengapa? Ada beberapa penyebabnya:
  • Kerana tidak pernah belajar sejak kecil;
  • pernah belajar, tapi putus di tengah jalan;
  • kerana tidak ada kemampuan untuk masuk madrasah;
  • kerana lingkungan keluarga yang tidak menyokong;
  • dan alasan lainnya.
Padahal adalah menjadi kewajipan setiap muslim mempelajari al-Quran dan juga mengajarkannya, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:

"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya."
(HR: Bukhari)

Sebenarnya kalau mahu jujur, tiada alasan bagi kita tidak belajar al-Quran. Dalih-dalih klasik seperti kesibukan, tidak mempunyai waktu dan sebagainya adalah alasan semata-mata. Padahal, bukankah Allah S.W.T. memberi kita waktu 24 jam sehari, ertinya semua orang diberi kesempatan yang sama. Raja, rakyat biasa, si kaya, si miskin, tua, muda, laki-laki, perempuan, semua dapat bahagian waktu 24 jam sehari. Hanya bagaimana cara memanfaatkan waktu tersebut sebaik-baiknya, inilah namanya ajakan untuk berusaha dengan mengambil sikap yang bijak.

Untuk urusan dunia kita mahu berhabis-habisan, bermati-matian, sediakan waktu dan bermusyaqqah (kerja keras) mendapatkannya. Sedangkan akhirat kita tidak mahu bermujahadah? Padahal, akhirat itulah yang pasti dan kekal abadi, sedangkan dunia sementara dan akan kita tinggalkan.

-Petikan Buku "Tips Menghafal Al-Quran Bagi Profesional oleh Ustaz Abdurrahman Lubis-