Tuesday, August 31, 2010

Memuliakan guru..

Assalamualaikum w.b.t.

Siapakah yang disebut sebagai guru?

Setiap manusia yang hidup di dunia ini tentulah memperoleh pendidikan dan pengajaran daripada orang lain, ada kalanya dengan cara formal, dan ada kalanya dengan cara yang informal, ataupun dengan cara kedua-duanya sekaligus.



Pendidikan dan pengajaran yang formal ialah apa yang diperoleh oleh seseorang di dalam kelas, atau di dalam sesuatu lembaga pendidikan yang disebut 'Sekolah'. Manakala pendidikan secara informal pula ialah apa yang diperoleh oleh seseorang di luar bangku sekolah, atau di luar lembaga pendidikan, contohnya melalui perbincangan, ceramah-ceramah, dan lain-lain. Orang yang mendidik atau melatih dirinya sendiri menerusi pambacaan buku-buku, majalah-majalah, suratkhabar, Internet dan sebagainya juga termasuk dalam kategori ini.


Orang yang menyampaikan pendidikan dan pengajaran melalui cara yang pertama disebut sebagai 'Guru Formal', manakala yang mengikut cara yang kedua adalah disebut sebagai 'Guru Informal'. Golongan yang termasuk dalam kategori orang-orang yang menimba ilmu dengan 'Guru Informal' ialah mubaligh, khatib, pengarang, wartawan, dan sebagainya.


Namun demikian, kedua-dua cara tersebut sama sahaja dan yang mengajar atau membimbing itu dipanggil sebagai 'Guru'. Dan termasuk dalam pengertian guru juga ialah orang yang memberikan pendidikan dan pengajaran tingkat tinggi, iaitu; Dosen, asisten dosen, dan guru besar.


Pendek kata, istilah guru itu ialah orang yang kita mendapatkan pendidikan dan pengajaran daripadanya, baik secara formal mahupun secara informal. Inilah yang kita pilih sebagai istilah 'Guru' nanti di dalam karangan ini.


Sesuai dengan pengertian ini, maka yang disebut dengan istilah 'Murid' juga mempunyai pengertian yang luas, meliputi 'Murid' itu sendiri, juga siswa, mahasiswa, dan sesiapa sahaja yang memperoleh pendididkan dan pengajaran daripada orang lain, sama ada secara formal ataupun secara informal.




Mengapa wajib memuliakan guru?

Islam mengajarkan kepada murid agar memuliakan guru serta menghormatinya, kerana guru itu memelihara jiwa kita dan membentuknya supaya menjadi manusia yang baik dan sempurna.


Nabi s.a.w. telah bersabda:
وَقِرُوا مَنْ تَتَعَلّمُونَ مِنهُ
(رواه أبو حسن الماوردي)

"Muliakan orang yang kamu belajar darinya!"
(Riwayat Abu Hassan Al-Mawardi)

Dalam sabda baginda yang lain, baginda berpesan katanya:
أَكْرِمُوا حَمَلَةَ الْقُرْآنِ , فَمَنْ أَكْرَمَهُمْ فَقَدْ أَكْرَمَنِ
(رواه أبو حسن الماوردي)

"Muliakanlah guru-guru yang mengajar kamu al-Quran. Ingatlah siapa yang memuliakan mereka, samalah seperti memuliakanku"
(Riwayat Abu Hassan Al-Mawardi)


Bahkan penyair Mesir yang terkenal, yakni Ahmad Syauqi telah bermadah dalam syairnya:

قُمْ لِلْمُعَلِّمِ وَفِهِ التّبْخِيلاً * الْمُعَلِّمُ أنْ يَكُونَ رَسولاً

Berdirilah berikan hormatmu kepad guru yang mengajarmu
Ingatlah darjat guru hampir menjadi utusan Tuhanmu

Mengapa murid mesti memuliakan gurunya?


Di antara sebab-sebabnya, iaitu:
1. Tugas guru adalah tugas yang mulia, dari itu mestilah murid memuliakan gurunya.
2. Guru sangat besar jasanya kepada murid . Tanpa guru murid akan tinggal bodoh.
3. Guru biasanya lebih tua dari murid, dan memuliakan orang tua adalah wajib bagi yang muda.
4. Guru itu mengasuh jiwa, sedang ayah dan ibu mengasuh tubuh, sedang jiwa itu adalah lebih mulia dari tubuh, kerana tubuh tidak berguna tanpa adanya jiwa.