Wednesday, August 1, 2012

Hias Rumah cantik2 bulan Ramadhan ni..

Assalamualaikum..
 Jadi, macam mana keadaan rumah antum semua sejak masuknya Bulan Ramadhan ni? Dah hias ke belum? Awal lagi? Lambat lagi nak raya? Eh, nape pulak? Bukan itu maksud ana..

Maksud ana.... :



Rumah kita pada Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini:
Hiasilah dengan qiamullail, inilah saat untuk kita berdua-duaan dengan Sang Pencipta dalam kesayuan bulan Ramadhan.
Hiasilah dengan bangun sahur walaupun dengan hanya seteguk air , yang di dalamnya terkandung rahsia keberkatan Ilahi.
Hiasilah dengan solat berjemaah, biar sama-sama merasa kekuatan sebuah ikatan ukhuwwah fillah.
Hiasilah dengan tadarrus Al-Quran, agar basahan ayat-ayat cintaNya bertaut di hati yang kusam.
Hiasilah dengan iftar bersama sahabat-sahabat, pasti kemanisan berbuka puasa akan lebih terasa.
Hiasilah juga dengan solat-solat sunat, untuk kita sama-sama mengejar pahala yang berganda-ganda nilainya.

Moga Ramadhan kali ini dipenuhi dengan seribu satu makna yang mendalam.
Moga Ramadhan kali ini dipenuhi dengan seribu satu makna yang mendalam. Jom cari & dapatkan malam Lailatulqadar!!
*haa.... jgn hanya berhenti di bulan Ramadhan sahaja, bulan2 yang lain pun teruskanlah ibadah ye.. insyaAllah.. :) ^_^

Da'ie-da'ie, jangan lupa Qiamullai ye..

Assalamualaikum.. 

Bulan Ramadhan telah menjelang.. Ana ada satu pesanan je buat pada da'ie sekalian..


Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Ayuh, kita rebut peluang di dalam madrasah ramadhan kali ini. Andai ini ramadhan terakhir kita, adakah kita sudah bersedia untuk dihadapkan di hadapan Allah dengan buku amal ibadat kita yang sangat sedikit malah dosa maksiat pula yang menimbun? Allahurabbi...

Saturday, July 28, 2012

Jom Beli Majalah Jom! Da'ie-da'ie Semua..

Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca, bloggers2, muslimin-muslimat, sahabat handai, saudara-saudari, abang2, kakak2, adik2, serta seluruh dai'e sekalian..

Ana ada satu satu soalan CEPUMAS kat sini.. Sudahkah kalian semua mengetahui, mendengar, melihat, memandang, membelek, membeli atau membaca majalah JOM!?? APA??? TAK PERNAH????? ish3.. takpela kalu tak tahu,.. jadi, kat sini ana nak bagitahulah kat kalian semua sedikit sebanyak tentang Majalah Jom! ni.. Antum & antunna semua tahu tak yang majalah ni dah ada 4 edisi? Eh, lupa pula ana yang kalian semua tak pernah mengetahui, mendengar, melihat, memandang, membelek, membeli atau membaca majalah ni kan.. Maaf ya.. (Manusia ni kan mudah lupa..) emm. Setakat ini, ana sudah beli 4 edisi.. Terus terang ana kata yang majalah ini memang sesuai untuk dibaca untuk antum & antunna sekalian.. kenapa ya?? sebab ia menyajikan info-info yang ringkas dan padat serta menarik untuk kalian semua menjadi da'ie yang OSEM & HEBAT, juga isu semasa umat Islam yang kian kritikal untuk difikirkan untuk kita semua..

Perkara yang ana paling suka tentang majalah ini ialah reka bentuknya seperti buku nota yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Tambah-tambah lagi, ana sangat tertarik bila melihat isi-isi yang terdapat dalam Majalah Jom!-sangat osem dan sangat dekat di hati.. Tak percaya?? Cubala baca dulu, baru tau..

Bukan tu je sahabat2 ana sekalian, isi-isinya adalah sangat santai dan mudah untuk difahami bagi golongan yang baru berjinak-jinak dengan dakwah.. Harganya pun murah, RM6 je.. Murah kan?? ^_^

ok, ana nak tanya sikit, agak-agakla kan.. (selain daripada sebab-sebab di atas), kenapa ye majalah ni best?? cer teka.. cepatla fikir.. hah? tak tahu?? alahai.. emm,,,, kalau nak tau kenapa majalah ni best, jawapannya sebab ia bestlah!! :D Ok, serius,, sebab ia mendekatkan diri kita kepada Allah.. hah, tula sebabnya.. lagi satu, pendekatan yang diambil pula adalah sangat berbeza.. Memang santai berbanding majalah-majalah islamik yang lain, gaya bahasanya mudah untuk kita hadam tau.. cepatla sikit otak kita mencerna ilmu-ilmu baru yang kita dapat bila baca tu.. BEST kan?? ;)..

ok, ni cover majalah JOM! edisi PERTAMA
edisi KEDUA
edisi KETIGA

edidi KEEMPAT

Amacam?? menarik tak cover dia?? menarik kan.. ;D hah, tu baru tunjuk gambar cover, ana tak tunjuk lagi corak & grafik ruangan dalam majalah tu,.

Kalau nak tahu lebih lagi, tengoklah laman dia ni ya,, http://majalahjom.blogspot.com/ kalau nak baca komen yang lebih power lagi, bacala blog Nadia ni.. Maklumlah, ayat ana ni tak power macam dia.. Almaklumlah ana ni anak ibarat anak itik yang baru sahaja belajar berjalan...
Apa-apa pun, jangan lupa komen kat blog ana ni ya,, terima kasih daun keladi.. ^_^